Latihan senaman membantu anda membakar lebih banyak kalori pada siang hari dan malam. Jumlah Perbelanjaan Kalori ialah jumlah kalori yang badan anda bakar dalam satu hari. Sebahagian besar kalori yang dibelanjakan digunakan untuk kadar metabolik basal (BMR) atau "Metabolisme Rehat." BMR ini menyumbang kepada lebih 70% jumlah kalori individu yang digunakan dalam satu hari. Ini adalah kalori yang badan anda gunakan untuk memastikan enjin anda berjalan.
Badan anda ibarat kereta anda. Bayangkan anda memasang enjin anda pada waktu pagi dan membiarkan ia hidup tanpa bergerak di anjung rumah anda. Enjin kereta yang hidup di anjung ibarat BMR anda. Lebih besar enjin kereta itu, lebih banyak bahan api yang digunakan. Jadi lori yang besar membakar lebih banyak bahan api dan mungkin menggunakan satu gelen sejauh lapan batu sementara kereta ekonomi yang menggunakan sedikit bahan api boleh bergerak sejauh 40 batu segelen. Jika anda menekan minyak and meligatkan enjin kereta, anda akan membakar lebih banyak bahan api, yang secara asasnya apa yang anda buat semasa bersenam.
Jumlah otot yang anda ada menentukan berapa banyak kalori yang anda bakar setiap hari pada keadaan rehat. Setiap paun otot membakar lebih kurang 14 kalori sehari, jadi seorang pemain bola sepak yang besar tubuh badannya mungkin membakar lebih 3,000 kalori/sehari semasa rehat (BMR=3000). Sementara penari balet mungkin membakar hanya 1,200 kalori/sehari semasa rehat (BMR=1200).
Apabila anda bersenam, anda membina lebih banyak jisim otot dan meningkatkan saiz enjin anda, suatu perkara yang bagus. Ini bermakna walaupun ketika anda tidur, anda akan membakar lebih banyak kalori kerana anda telah meningkatkan BMR anda.
Bayangkan memandu kereta ekonomi kecil dan meletakkan enjin lebih besar yang memerlukan lebih banyak bahan api. Inilah idea asas di sebalik latihan senaman, membuat talaan halus bagi enjin badan anda menjadi mesin berprestasi tinggi.
Produk Herbalife Nutrition® Nutrisi Dalaman membantu anda menyediakan bahan api yang terbaik untuk enjin berprestasi tinggi anda. Dengan pelbagai pilihan shake, bar dan kacang soya yang enak, Herbalife Nutrition menawarkan pilihan yang luas untuk badan anda. Suplemen sihat ini akan mengekalkan enjin anda dalam pelarasan halus untuk perbelanjaan kalori maksimum–walaupun ketika anda tidur.
Petua untuk membakar lebih banyak kalori:
- Senaman untuk meningkatkan jisim otot.
- Mentenagakan diri dengan produk-produk Herbalife Nutrition®.
- Meligatkan rutin senaman anda untuk membakar lebih banyak kalori.
Dr. Gratton memegang jawatan sebagai Naib Presiden Hal Ehwal Perubatan dan Pendidikan di Herbalife Nutrition.